Kongsikan dengan kenalan anda

Sekarang adalah era Revolusi Industri 4.0 di Malaysia. Hal seperti automasi / automation sudah menjadi benda biasa dalam perniagaan sekarang.

Contoh automasi paling ramai guna, vending machine mesin jual air dan tiket & teller machine macam ATM dan CDM di bank.

Tapi sebenarnya banyak lagi automasi berlaku dalam kehidupan anda tanpa anda sedar, dan kebanyakkannya dalam dunia atas talian anda.

Pernah anda beli barang / servis online? Lepas beli terus dapat notifikasi dalam emel atau SMS?

Pernah anda isi borang online terus dapat mesej dalam handphone?

Perkara-perkara seperti itu semuanya menggunakan sistem automasi sebagai perantara untuk jalankan proses-proses kerja tu.

Perantara ni macam orang tengah yang bantu hubungkan proses A ke proses B ke proses C dan seterusnya.

Jadi nak ada sistem automasi, anda mestilah ada dulu sistem orang tengah ni. Sekarang dalam pasaran dunia (Malaysia belum ada lg), 3 sistem perantara paling femes iaitu Integromate, Pabbly Connect dan Integrately. Semua sistem ini ada trial dan lepas habis kena bayar yuran bulanan untuk guna ikut kuota proses automasinya.

Tapi buat masa terhad, Integrately ada promosi percuma kuota 500 tasks automasi sebulan (reset setiap bulan mcm kuota internet hp tu) secara LIFETIME. Maksudnya anda akan tetap boleh guna kuota 500 tasks automasi sebulan tu selamanya. Kalau baru mula banyak tu jumlah tasks dia.

Untuk daftar ikut langkah ini:

  • Masukkan semua maklumat yg diminta seperti gambar di bawah
  • Kemudian semak emel anda, ada 4 digit kod activation anda perlu masukkan. Masukkan kod tu di ruangan diminta.
  • Selesai ! Tunggu dalam 1 – 3 hari nanti, kuota 500 tasks tersebut akan masuk dalam akaun anda.

Anda boleh tengok dulu video tutorial yang anda untuk biasakan diri dengan sistem automasi ni. Kemudian cuba la explore tengok. Kalau anda kreatif, macam2 boleh buat dengan dia. Selamat mencuba !


Kongsikan dengan kenalan anda
Tagged With: