Kongsikan dengan kenalan anda

Apa itu Virtual Debit Card ?

Virtual debit card ni sama sahaja konsep dengan debit card biasa yang kita guna macam kad ATM dan kad membership supermarket AEON tu. Cuma virtual ini dia tiada kad fizikal, anda hanya akan dapat no kad, tarikh expired kad dan kod VCC. Virtual kad ni anda hanya boleh guna untuk pembelian / pembayaran online sahaja. Anda juga boleh guna untuk pembayaran pendaftaran sistem / perisian online dan juga iklan berbayar seperti FB Ads dan Google Ads.

Kenapa perlu guna Virtual Debit Card ?

Bila kita membeli-belah / membuat pembayaran online ni, ada risiko-risiko seperti maklumat kad kredit / debit anda kena curi bila kita tak berhati-hati. Jadi dengan adanya virtual debit card ni, anda akan rendahkan risiko duit anda kena curi. Ini kerana virtual debit card anda boleh kawal sendiri berapa jumlah nak masukkan dalam kad tu, jadi anda boleh topup kad virtual tu bila perlu buat bayaran online sahaja, atau anda boleh nyah-aktifkan kad tu bila tak guna dan aktifkan balik bila nak guna.

Lagi satu, virtual kad tiada kad fizikal, jadi tiada risiko kad hilang.

Apa itu BigPay ?

BigPay ini adalah sejenis e-wallet serupa macam AEON Wallet, Boost, Touch ‘N ‘Go, WeChat Pay dan lain-lain lagi. Cuma bezanya anda bukan sahaja boleh bayar guna QR code tapi juga menggunakan kad debit fizikal dan kad debit virtual. Jadi mana-mana kedai yang tak terima bayaran e-wallet, anda boleh guna kad debit Mastercard yang diberikan secara PERCUMA tersebut.

Ya ! Kad debit Mastercard fizikal seperti gambar dibawah ini anda akan dapat secara PERCUMA ! Pihak BigPay akan pos kad ini ke rumah anda bilamana pendaftaran anda telah berjaya.

Apa kelebihan BigPay lagi ?

BigPay merupakan aplikasi dibawah syarikat AirAsia. Jadi segala kelebihan yang diberi pastinya berkaitan dengan AirAsia. Kepada yang suka travel, dalam dan luar negara, dan anda suka buat belian luar negara macam di eBay atau Amazon, BigPay ini memang wajib anda dapatkan. Ini kerana:

  • Setiap perbelanjaan melalui BigPay, anda akan diberi BIG Point AirAsia (boleh tebus tiket kapal terbang).
  • Kad BigPay boleh digunakan di mesin ATM sama seperti kad bank anda di seluruh dunia kerana mempunyai ciri Mastercard.
  • Tidak dikenakan yuran pemprosesan jika membeli tiket AirAsia
  • Anda boleh pantau dan semak setiap perbelanjaan transaksi kad debit anda melalui aplikasi BigPay
  • Kadar tukaran wang asing yang terbaik (bila anda beli-belah luar negara / mengeluarkan duit di ATM luar negara)
  • Tiada upah tukaran wang asing. Bagus jika anda buat belian online, apa rate anda dapat daripada tukaran Mastercard (SEMAK SINI), 0% bank fees dikenakan.
  • Pelbagai ganjaran, cashback dan kupon daripada rakan-rakan strategik BigPay (anda boleh semak di dalam menu setting dalam applikasi BigPay)
  • ….dan yang paling penting, TIADA YURAN PENDAFTARAN dan TIADA YURAN TAHUNAN ! 

Bagaimana nak daftar akaun BigPay ?

Ada 2 peringkat pendaftaran. Peringkat pertama anda kena daftar melalui applikasi BigPay dan peringkat kedua anda kena aktifkan kad anda terima.

PERINGKAT PERTAMA : Daftar Di Aplikasi BigPay

Muat turun dan pasang dahulu applikasi BigPay ke dalam telefon pintar anda. Anda boleh muat turun applikasi BigPay melalui pautan dibawah:

Kemudian ikut langkah-langkah pendaftaran berikut:

  1. Tekan butang Sign Up
  2. Pilih Malaysia dan tekan Next
  3. Masukkan No Telefon anda guna sekarang.
  4. Masukkan no. kod pengesahan yang anda terima dalam SMS
  5. Set kan Password untuk anda login ke dalam applikasi BigPay dan juga kod 6 digit kad debit bial anda guna untuk buat pembelian.
  6. Klik I Accept
  7. Tekan Lets Start
  8. Kemudian masukkan butiran peribadi anda alamat emel, nama, alamat dan sebagainya
  9. Di bahagian Referral Code, pastikan anda masukkan kod VBBPFSWLJQ (Copy Kod) untuk dapatkan RM20.00 secara percuma.
  10. Tekan Next
  11. Kemudian anda perlu menghantar gambar Kad Pengenalan dan Selfie anda mengikut arahan yang diberikan dalam screen. Kad pengenalan dan selfie anda hanya akan digunakan bagi pengesahan identiti anda sahaja. Ini adalah ketetapan Bank Negara Malaysia, bukan saja-saja pihak BigPay minta.
  12. Tambah nilai RM20.00 menggunakan kad debit/kredit atau internet banking anda. Jangan risau, RM20.00 tersebut anda boleh guna semula untuk pembelian online atau offline menggunakan kad debit yang anda akan terima nanti. Anda siap akan dapat extra RM20 lagi sebab menggunakan referral code saya tadi.
  13. Ok, dah selesai peringkat pertama. Anda perlu tunggu dalam 3-7 hari untuk kad anda sampai ke alamat yang anda isi tadi. Anda akan dapat kiriman pos seperti gambar di bawah:

PERINGKAT KEDUA : Aktifkan Kad Debit

  1. Bila anda sudah terima kad debit fizikal anda seperti gambar kad diatas , anda perlu masukkan 3 digit kod VCC yang tertera dibelakang kad anda ke dalam applikasi Bigpay.
  2.  Ok…SELESAI ! Anda dh boleh guna kad debit fizikal anda !
  3. Jika inginkan kad debit virtual, anda hanya perlu tekan menu card dalam applikasi BigPay dan scroll gambar kad tertera ke kiri. Anda akan nampak pilihan option untuk cipta kad debit virtual.

Ok...DAH SELESAI !! Happy Shopping !


Kongsikan dengan kenalan anda