Kongsikan dengan kenalan anda

Cepat dapatkan langganan setahun nama domain .biz.my secara PERCUMA !

Ok, sebelum saya bagitau caranya, saya nak penerangan sikit dulu apa mendenya nama domain ni.
(Tpi kalau dah faham, skip penerangan ni dan terus ke cara nak tebus – KLIK SINI)

Bagi yang tak faham apa tu domain, anda boleh rujuk gambar ini:

Untuk mudah faham, kalau nak ada website, anda wajib ada 3 benda ini:

1) CMS (Content Management System) – Sistem untuk pamerkan isi kandungan website tu
2) Domain – alamat WWW orang nak kena klik untuk masuk & tengok isi kandungan website
3) Hosting – tempat nak simpan isi kandungan website tu

Mungkin ada antara kamu kata dah ada facebook page dan instagram, tu kan dah macam website?

Ok ni abang nak citer – facebook, instagram, tiktok dan lain2 tu semuanya dinamakan sebagai Social Media atau singkatannya SocMed. Tu semua guna hanya sebagai alat untuk hangpa tarik pelanggan je, bukannya website sebenar bisnes hangpa. Ramai abang tengok usahawan guna SocMed hantar iklan je merata – dalam komen la, PM personal la, mahunya nasib tak baik, habis SocMed hangpa kena block, dah hilang semua hasil kerja keras selama berbulan2 kumpul friends dan follower…. padan muka. Benda dah jadi menyesal pun tak guna, menangis tepi bucu katil la hangpa.

Jadi, nak selamat dunia akhirat, hangpa kena la ada website sendiri. Website ni dah macam harta hangpa tau, hangpa nak buat apa pun dengan dia ikut suka la kat hangpa. Nak tau apa kebaikan website ni kat usahawan – KLIK SINI

Langkah-langkah untuk tebus domain .biz.my PERCUMA

Sebelum mula, anda perlu sediakan siap-siap salinan Sijil SSM anda depan mata, sebab banyak maklumat dalam tu anda perlu rujuk nanti.

Langkah 1
Layari portal mynic.my/prime 

Langkah 2
Scroll ke bawah, cari ruangan ini:

Masukkan nama domain pilihan anda dan tekan butang CARI.

Langkah 3
Jika langkah ke 2 berjaya, anda akan terima mesej seperti ini:

Klik butang TERUSKAN

++++
Jika langkah 2 tidak berjaya, anda akan dapat mesej seperti ini:

Lakukan carian lagi sehinggalah nama domain anda berwarna hijau.

LANGKAH 4

Anda akan dibawa ke halaman ini:

Masukkan kod kupon ‘ MYBIZ ‘ di ruangan yang saya tandakan merah dalam gambar di atas.

Kemudian, klik butang TERUSKAN

LANGKAH 5

Anda akan dibawa ke sini:

Sila isi semua ruangan tersebut. Sedikit nota rujukan berdasarkan gambar diatas:
1) Jenis Pendaftaran Organisasi
– ROB = Syarikat Enterprise
– ROC = Syarikat Sdn Bhd
– Others = lesen PBT / Majlis (untuk kawasan Sabah & Sarawak)
2) No WhatsApp anda, pastikan ada digit ‘6’ di depan. Ini kerana no tersebut akan digunakan untuk dijadikan link WhatsApp nanti.
3) Tick sahaja (kacau rajin baca la T&C dan perjanjian tu)

Tekan butang SETERUSNYA

LANGKAH 6

Periksa maklumat yang anda isi, jika ada pembetulan, tekan butang KEMBALI KE SEBELUM dan ubah balik.

Kalau semua dah ok, tekan butang HANTAR PERMOHONAN.

Anda akan dipaparkan notis status permohonan anda di screen dan anda juga akan dapat email berkaitan permohonan anda ini. Ikut sahaja arahan yang dipaparkan dan yang di emel.

SELESAI cara nak mohon !


Kongsikan dengan kenalan anda